ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN XIX - PERLAKSANAAN



Seksyen 151. Arahan khas.

(1) Mahkamah boleh atas kehendaknya atau atas permohonan mana-mana pihak yang berkepentingan, memberi arahan khas kepada bailif mengenai perlaksanaan tugasnya sepertimana yang difikirkan patut.

(2) Mahkamah boleh menyaman dan memeriksa mana-mana orang yang boleh memberi maklumat berkaitan dengan mana-mana perlaksanaan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.