ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN VIII - PELBAGAI



Seksyen 226. Pemansuhan, dan pengekalan kaedah-kaedah dan perlantikan.

(1) Undang-Undang Pentadbiran Hukum Syara' 1955 (1375), kecuali Bahagian VII, VIII, seksyen-seksyen 133, 136, 137, 138, dan paragraf (n) seksyen 160, adalah dengan ini dimansuhkan.

(2) Segala kaedah, pemasyhuran, perintah, notis, borang, dan sijil yang dikeluarkan, dan perlantikan yang dibuat, di bawah atau dengan kuasa Undang-Undang yang dimansuhkan itu hendaklah terus berkuatkuasa setakat yang ianya tidak berlawanan dengan, atau digantikan oleh, peruntukan-peruntukan Enakmen ini, sehingga dibatalkan atau digantikan oleh kaedah-kaedah, pemberitahuan-pemberitahuan, perintah-perintah, notis-notis, borang-borang, sijil-sijil, atau perlantikan-perlantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.