ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN DOKUMENTAR
ANGGAPAN TENTANG DOKUMEN



Seksyen 63. Anggapan tentang dokumen yang dikemukakan sebagai rekod keterangan.

Apabila dikemukakan di hadapan mana-mana Mahkamah sesuatu dokumen yang berupa sebagai suatu rekod atau memorandum mengenai keterangan atau mengenai sebahagian daripada keterangan yang telah diberi oleh seorang saksi di dalam sesuatu prosiding kehakiman atau di hadapan seseorang pegawai yang diberikuasa oleh undang-undang bagi mengambil keterangan itu, atau sebagai suatu pernyataan atau suatu iqrar oleh mana-mana banduan atau orang tertuduh, yang telah diambil mengikut undang-undang dan yang berupa sebagai ditandatangani oleh seseorang Hakim Mahkamah Syariah, Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Sesyen, atau Majistret atau oleh seseorang pegawai sebagaimana yang tersebut di atas, maka Mahkamah hendaklah menganggap bahawa -




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.