ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN IV - PERKARA-PERKARA KEWANGAN
Akaun



Seksyen 152. Anggaran pendapatan dan perbelanjaan.

(1) Majlis hendaklah menyedia dan menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan, tidak lewat daripada 31 haribulan Oktober dalam tiap-tiap tahun, anggaran-anggaran bagi kesemua pendapatan dan perbelanjaan Majlis, termasuk anggaran segala harta yang harus diterima dan dilupuskan dalam bentuk barang-barang, bagi tahun yang berikut.

(2) Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh meluluskan anggaran-anggaran itu atau boleh memerintahkan ianya dipinda.

(3) Apabila telah dilulus atau dipinda, maka anggaran-anggaran itu hendaklah disiarkan dalam Warta.

(4) Majlis boleh pada bila-bila masa menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan anggaran perbelanjaan tambahan bagi tahun yang sedang berjalan itu, atau, pada bila-bila masa sebelum daripada 31 haribulan Mac dalam mana-mana tahun, bagi tahun yang lalu, dan tambahan itu boleh dilulus atau dipinda, dan hendaklah disiarkan, dengan cara yang sama.

(5) Tidaklah boleh dibelanjakan wang melainkan mengikut anggaran-anggaran yang diluluskan dan dengan menggunakan baucar yang ditandatangani oleh Yang Dipertua, dan tidaklah boleh dilupuskan mana-mana harta melainkan dengan persetujuan Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.