ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)


JADUAL KEDUA
Seksyen 28 (3))

1. Tiada apa-apa jua dalam sekshen 28 boleh disifatkan sebagai membenarkan Majlis membuat perintah untuk menubuhkan apa-apa perbadanan yang mempunyai apa-apa kewajipan, kuasa atau hak yang bukan dalam kewajipan, kuasa atau hak Majlis di bawah Enakmen ini.

2. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan lain dalam Enakmen ini, apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen 28 adalah mengikut perbadanan yang berkenaan dengannya perintah itu dibuat dan hendaklah mempunyai kuat kuasa bagi segala maksud seolah-olah perintah itu terkandung dalam Enakmen ini.

3. Majlis boleh, dengan kelulusan Duli Yang Maha Mulia Sultan, pada bila-bila masa meminda, membatalkan atau menambah apa-apa perintah yang dibuat berkenaan dengan mana-mana perbadanan di bawah sekshen 28.

4. Majlis hendaklah menyimpan satu daftar bagi semua perbadanan yang ditubuhkan olehnya di bawah seksyen 28 dan daftar itu bersekali dengan salinan-salinan semua perintah yang di-buat di bawah seksyen itu hendaklah terbuka kepada pemeriksaan awam di-tempat atau tempat-tempat dan pada waktu-waktu yang ditetapkan oleh Majlis.

5. (1) Majlis boleh, dengan kelulusan Duli Yang Maha Mulia Sultan, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengarahkan supaya mana-mana perbadanan yang ditubuhkan olehnya digulung dan dibubarkan.
6. Tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28--

OSMAN BIN MUDA,
Setiausaha Dewan Undangan Negeri,
Terengganu




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.