ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - PENDAKWA SYARIE DAN PEGUAM SYARIE



Seksyen 22. Perlantikan Peguam Syarie.

(1) Majlis boleh, menurut budibicaranya melantik mana-mana orang Islam yang cukup berpengetahuan tentang Hukum Syarak menjadi Peguam Syarie untuk mewakili pihak-pihak dalam apa-apa prosiding di hadapan Mahkamah Syariah.

(2) Mana-mana orang yang dilantik sebagai Peguam Syarie di bawah seksyen ini atau di bawah undang-undang lain yang telah berkuatkuasa sebelum sahaja seksyen ini berkuatkuasa, hendaklah, apabila dibayar fee yang ditetapkan, dikeluarkan Perakuan Peguam Syarie.

(3) Sesuatu Perakuan Peguam Syarie yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah, kecuali dibatalkan terlebih dahulu, berkuatkuasa sehingga 31 Disember dalam tahun mana ia dikeluarkan dan boleh diperbaharui dari masa ke semasa.

(4) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, tiada seorang pun selain daripada Peguam Syarie yang mempunyai Perakuan Peguam Syarie yang sah berhak hadir dalam mana-mana Mahkamah Syariah bagi pihak mana-mana pihak kepada apa-apa prosiding di hadapannya.

(5) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, Majlis boleh atas budibicaranya, membatalkan perlantikan mana-mana orang sebagai Peguam Syarie, sekiranya Majlis berpendapat bahawa orang itu tidak lagi layak atau sesuai atau dia gagal memperbaharui Perakuan Peguam Syarienya di bawah seksyen ini.

(6) Majlis boleh, dengan kelulusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, membuat kaedah-kaedah-

(7) Majlis boleh mewakilkan mana-mana kuasanya di bawah seksyen ini, kecuali kuasa di bawah subseksyen (6), kepada mana-mana jawatankuasa yang dilantik olehnya bagi maksud tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.