ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN II - PENUBUHAN MAJLIS
Peraturan Mesyuarat



Seksyen 27. Minit-minit.


(1) Setiausaha hendaklah menyimpan minit-minit bagi semua mesyuarat-mesyuarat majlis dan pada tiap-tiap mesyuarat minit mesyuarat yang dahulunya itu hendaklah dibaca dan disahkan, tertakluk kepada apa-apa pindaan yang dikehendaki.

(2) Minit-minit itu hendaklah dimasukkan ke dalam buku minit mesyuarat Majlis dan hendaklah mengandungi rekod yang penuh secara sepatah demi sepatah bagi tiap-tiap ketetapan Majlis.

(3) Dengan seberapa segera yang boleh selepas tiap-tiap mesyuarat Majlis satu salinan deraf minit hendaklah disembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan. Jika pada ketika mengesahkannya deraf minit itu dipinda, maka dengan serta merta pindaan-pindaan itu hendaklah disembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa keputusan yang terdapat dalam minit-minit mesyuarat Majlis akan dilaksanakan selagi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan belum menyatakan persetujuannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.