ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN V - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 69. Perintah nafkah sementara.


(1) Jika Mahkamah berpuashati bahawa ada alasan untuk memberi nafkah kepada seseorang isteri bagi dirinya sendiri atau anak-anak di dalam jagaannya. Mahkamah boleh membuat perintah sementara untuk membayar nafkah yang akan berjalan kuatkuasa sementara hingga perintah Mahkamah dibuat atas permohonan nafkah itu.

(2) Mahkamah boleh mengambilkira pembayaran nafkah sementara itu dan menolak pembayaran itu dari nafkah yang dihukumkan dibayar di bawah perintah Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.