ENAKMEN 5 TAHUN 1990
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1990

BAB II - PERKAHWINAN



Seksyen 12. Perkahwinan yang tidak boleh didaftarkan.

(1) Sesuatu perkahwinan yang bersalahan dengan Enakmen ini tidak boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini:

Dengan syarat bahawa sesuatu perkahwinan yang diakad secara berlawanan dengan Bahagian ini tetapi sah mengikut syarat-syarat Hukum Syarak boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini dengan perintah mahkamah tertakluk kepada seksyen 39 (2).

(2) Pendaftar bagi satu daerah hendaklah mendaftarkan semua nikah yang telah dijalankan oleh mana-mana jurunikah kawasan daerahnya dan setelah disempurnakan segala bayaran-bayaran pendaftaran yang ditentukan dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh pernikahan itu, kecuali ada sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

(3) Hendaklah menjadi kewajipan Pendaftar bagi daerah sebelum mendaftarkan mana-mana nikah membuat siasatan sehingga ia berpuas hati bahawa segala kehendak Hukum Syarak dan Enakmen ini berkenaannya telah pun dituruti, dan juga nikah itu sah dan boleh didaftarkan.

(4) Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat akuan nikah itu, satu salinan kepada suami dan satu salinan yang lain kepada isteri, manakala surat asal akuan nikah hendaklah disimpan oleh Pendaftar bagi daerah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.