ORDINAN 44 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA MAL SYARIAH

BAHAGIAN IX - PEMBAYARAN KE DALAM DAN DARIPADA MAHKAMAH



Seksyen 73. Pembayaran daripada Mahkamah.

Tertakluk kepada seksyen 26 dan 78, jika pembayaran ke dalam Mahkamah adalah sama dengan amaun yang dituntut atau plaintif memilih untuk menerimanya sebagai penyelesaian keseluruhan tuntutannya, amaun itu hendaklah dibayar daripada Mahkamah kepadanya, dan dia boleh mendapatkan penghakiman bagi kesemua kos yang sebenarnya dilakukan sebelum menerima notis pembayaran ke dalam Mahkamah itu, dan kos untuk mencatatkan penghakiman bagi kos itu, melainkan jika dibayar tanpa perintah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.