ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN IV - PIHAK-PIHAK
BAB 2 - ORANG TAK BERKEUPAYAAN



Seksyen 30. Defendan belum dewasa mencapai umur dewasa.

Jika seorang defendan yang belum dewasa belum mencapai umur dewasa semasa prosiding belum selesai, sama ada dia atau penjaga ad litemnya boleh memfailkan afidavit bagi membuktikan kedewasaan itu dan sesudah itu tajuk prosiding itu hendaklah dipinda, dan penjaga ad litem hendaklah dilepaskan, tertakluk kepada apa-apa soal mengenai kos yang disebabkan oleh kecuaian atau salah laku penjaga itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.