ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VIII - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 107. Prosedur bagi Mahkamah sekiranya soalan ditanya dengan tiada alasan yang munasabah.

Jika Mahkamah berpendapat bahawa sesuatu soalan seperti yang tersebut dalam seksyen 105 telah ditanya dengan tiada alasan yang munasabah, Mahkamah boleh, jika soalan itu telah ditanya oleh seorang peguam syarie melaporkan hal keadaan kes itu kepada Mahkamah Tinggi Syariah atau pihak berkuasa lain yang kepadanya peguam syarie itu tertakluk dalam menjalankan tugasnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.