ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN IX - ORANG MEMELUK ISLAM



Seksyen 101. Pendaftaran orang yang memeluk Islam.

(1) Seseorang yang telah memeluk Islam boleh memohon kepada pendaftar untuk didaftarkan di bawah seksyen 100.

(2) Jika tiada permohonan dibuat di bawah subseksyen (1) mana-mana orang yang bertanggungjawab atas pemelukan Islam, hendaklah dengan seberapa segera melaporkan dan memberi keterangan atas perkara itu kepada pendaftar.

(3) Jika pendaftar berpuas hati bahawa kehendak-kehendak seksyen 96 dan 98 telah dipenuhi, dia hendaklah mendaftarkan orang yang memeluk Islam itu mengikut peruntukan seksyen 100 (1).

(4) Bagi maksud subseksyen (3) pendaftar boleh membuat siasatan dan boleh mendapatkan keterangan sebagaimana yang dia fikirkan perlu.

(5) Bagi memastikan bahawa kehendak seksyen 96 telah dipenuhi, Pendaftar boleh menghendaki orang yang hendak didaftarkan itu mengulangi pengucapan Dua Kalimah Syahadah di hadapannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.