ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
Pihak Berkuasa Dalam Hal Ehwal Agama.



Seksyen 29. Perlantikan Mufti.

(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan hendaklah melantik seorang yang layak dan sesuai untuk menjadi Mufti bagi Negeri.

(2) Apabila berkuatkuasa seksyen ini orang yang menjadi Mufti bagi Negeri Selangor sebelum sahaja berkuatkuasanya seksyen ini, hendaklah dianggap sebagai telah dilantik di bawah seksyen ini sebagai Mufti bagi Negeri dan hendaklah terus menjalankan tugasnya.

(3) Seseorang Timbalan Mufti boleh dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk membantu Mufti menjalankan tugasnya di bawah Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.