ENAKMEN 2 TAHUN 1985
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH 1985

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 27. Mengeji Pegawai Hal Ehwal Agama Islam.

Sesiapa yang mengengkar, melanggar, membantah atau mengeji mana-mana Qadhi atau Pegawai Hal Ehwal Agama Islam Negeri atau Penyelia Agama sewaktu menjalankan tugasnya adalah bersalah dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.