ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN DOKUMENTAR
Anggapan tentang dokumen



Seksyen 64. Anggapan tentang Warta, akhbar dan sebagainya.

Mahkamah hendaklah menganggap sebagai tulen tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai Warta Kerajaan Persekutuan atau Warta Kerajaan Negeri, atau sebagai sebuah akhbar, jurnal atau majalah dan tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai dokumen yang diarah oleh mana-mana undang-undang supaya disimpan oleh sesiapa jua, jika dokumen itu disimpan pada asasnya secara yang dikehendaki oleh undang-undang dan dikeluarkan daripada simpanannya yang sepatutnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.