ORDINAN 5 TAHUN 1991
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN



Seksyen 53A. Pendaftaran perceraian di luar Mahkamah.

(1) Walau apa pun peruntukan yang terkandung dalam seksyen 45, seorang lelaki yang telah menceraikan isterinya dengan melafazkan talaq dengan apa-apa bentuk di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah hendaklah dalam masa tujuh hari dari talaq itu dilafazkan melaporkan lafaz talaq itu kepada Mahkamah.

(2) Mahkamah hendaklah mengadakan perbicaraan untuk memastikan bahawa talaq itu telah dilafazkan dengan sah mengikut Hukum Syarak.

(3) Jika Mahkamah berpuas hati bahawa talaq itu telah dilafazkan dengan sah mengikut Hukum Syarak, Mahkamah hendaklah, tertakluk kepada seksyen 126, membuat perintah mengesahkan perceraian talaq itu. Mahkamah hendaklah merekodkan perceraian itu dan menghantarkan satu salinan rekod yang diperakui sah kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.