ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERlKSAAN SAKSI



Seksyen 93. Pemeriksaan balas atas orang yang dipanggil supaya mengemukakan sesuatu suratan.

Seseorang yang disaman supaya hadir bagi mengemukakan sesuatu suratan tidaklah menjadi seorang saksi semata-mata oleh sebab ia mengemukakan suratan itu, dan ia tidak boleh diperiksa balas melainkan dan sehingga ia dipanggil sebagai seorang saksi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.