ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN VI - HADHANAH ATAU PENJAGAAN KANAK-KANAK



Seksyen 90. Perintah larangan oleh Mahkamah.


(1) Walau apapun peruntukan-peruntukan seksyen 79, Mahkamah boleh, menurut budibicaranya, membuat suatu perintah melarang bapa atau datuk lelaki disebelah bapa seorang kanak-kanak atau wasi-wasi mereka masing-masing atau wasi-wasi kepada wasi-wasi mereka masing-masing dari-


(2) Kemungkiran mematuhi sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dikenakan hukuman sebagai suatu penghinaan terhadap Mahkamah dan Mahkamah, sebagai tambahan kepada hukuman yang dijatuhkan itu bolehlah memerintahkan orang yang disabitkan kesalahannya itu membayar kepada kanak-kanak itu wang pampasan yang tidak lebih daripada nilai harta itu.

(3) Mahkamah tidak boleh membuat apa-apa perintah menurut seksyen-kecil (2) melainkan jika perlu atau manfaat bagi kepentingan kanak-kanak itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.