ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN III - PENYIASATAN KESALAHAN
BAB VI - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA MENYIASAT



Seksyen 56. Kuasa untuk menghendaki kehadiran saksi-saksi.

(1) Seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama yang membuat sesuatu penyiasatan di bawah Bab ini boleh melalui perintah dalam Borang 6 seperti dinyatakan dalam Jadual menghendaki supaya hadir di hadapannya mana-mana orang yang berada di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan yang, daripada maklumat yang diberikan atau selainnya, didapati tahu tentang hal keadaan kes itu, dan orang itu hendakiah hadir sebagaimana yang dikehendaki.

(2) Jika mana-mana orang sedemikian enggan hadir sebagaimana yang dikehendaki, Pegawai Penguatkuasa Agama itu boleh melaporkan keengganan itu kepada seorang Hakim Syarie yang boleh selepas itu menurut budi bicaranya mengeluarkan suatu waran untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah yang disebut terdahulu itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.