ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1991

BAHAGIAN VI - PELBAGAI



Seksyen 24. Majlis boleh mengarahkan pendakwaan.

(1) Majlis boleh mengarahkan supaya sesuatu pendakwaan dibuat bagi apa-apa kesalahan di bawah Enakmen ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya.

(2) Pendaftar, Timbalan Pendaftar, seorang Pegawai Polis yang sekurang-kurangnya berpangkat Inspektor atau mana-mana peguambela yang diberi kuasa secara bertulis oleh Majlis boleh menjalankan pendakwaan tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.