ENAKMEN 3 TAHUN 2001
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN IV - PELBAGAI



Seksyen 25. Pelindungan Hakim, Pegawai Mahkamah, dll.

(1) Tiada seorang pun Hakim Mahkamah Rayuan Syariah atau Hakim Syarie atau Pendaftar boleh didakwa di mana-mana Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil bagi sesuatu perbuatan yang dilakukan atau diperintahkan olehnya supaya dilakukan dalam menjalankan tugas kehakimannya, sama ada dalam had bidang kuasanya atau tidak dan tiada apa-apa perintah bagi kos boleh dibuat terhadapnya, dengan syarat bahawa dia pada masa itu dengan suci hati percaya bahawa dia mempunyai bidang kuasa untuk melakukan atau memerintahkan perbuatan itu.

(2) Tiada pegawai mana-mana Mahkamah atau mana-mana orang lain yang terikat untuk melaksanakan waran atau perintah yang sah di sisi undang-undang yang dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Rayuan Syariah atau Hakim Syarie boleh didakwa dalam mana-mana Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil melaksanakan waran atau perintah itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.