ENAKMEN 6 TAHUN 1985
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1985

BAHAGIAN IV - PERATURAN AM



Seksyen 20. Peguambela dan Peguamcara.

(1) Dengan tidak menghiraukan apa-apa yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, seorang peguambela dan peguamcara yang beragama Islam boleh hadir di dalam mana-mana Mahkamah mewakili mana-mana pihak dalam mana-mana pembicaraan dengan syarat seorang peguambela dan peguamcara itu terlebih dahulu telah mendapatkan sijil kebenaran hadir yang dikeluarkan oleh Kadi Besar.

(2) Kadi Besar boleh membuat perintah bahawa kehadiran seseorang peguambela dan peguamcara adalah berlawanan dengan Hukum Syarak dan perintah itu adalah muktamad.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.