ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB IV - SAMAN
Waran Tangkap



Seksyen 29. Prosedur bila saman tidak dapat disampaikan dengan sendiri.

Jika orang yang disaman itu tidak dapat dijumpai setelah berusaha mencarinya dan penyampaian tidak dapat dilakukan menurut seksyen 28 (3), pegawai penghantar hendaklah menampalkan satu saman kepada mana-mana tempat yang dapat dilihat atau mana-mana tempat lain di mana orang yang disaman biasanya tinggal, dan dalam kes tersebut saman itu, jika Mahkamah mengarahkan sama ada sebelum atau selepas ditampal, hendaklah dianggap telah disampaikan dengan sempurna.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.