ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGlAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB IV - DARIHAL PROSES UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN
Waran Tangkap



Seksyen 32. Mahkamah boleh mengarahkan melalui pengendorsan di atas waran cagaran yang akan diambil.

(1) Mana-mana Mahkamah yang mengeluarkan waran bagi penangkapan mana-mana orang boleh menurut budi bicaranya, mengarahkan melalui pengendorsan di atas waran itu bahawa jika orang itu melaksanakan suatu bon dengan penjamin yang mencukupi bagi kehadirannya di hadapan Mahkamah itu pada masa yang ditetapkan dan sehingga diarahkan selainnya oleh Mahkamah, pegawai yang kepadanya waran itu diarahkan hendaklah mengambil apa-apa cagaran dan hendaklah melepaskan orang tersebut dari tahanan.

2. Pengendorsan itu hendaklah menyatakan-
(3) Apabila cagaran diambil di bawah seksyen ini pegawai yang kepadanya waran itu diarahkan hendaklah mengemukakan bon itu kepada Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.