ENAKMEN 7 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (PERAK) 2004
BAHAGIAN XXII - WANG DAN HARTA DI DALAM MAHKAMAH
Seksyen 220. Dana tak dituntut, dsb.
(1) Walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, dana di dalam Mahkamah dan semua barang kemas, sekuriti dan harta alih, selain wang, dan apa-apa surat ikatan atau dokumen yang dikehendaki bagi maksud perbicaraan atau prosiding, yang tidak dituntut selepas lima belas tahun, hendaklah menjadi harta dan terletak hak pada
Baitulmal.
(2) Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana pihak menuntut dan jika berpuas hati bahawa pihak menuntut itu berhak kepada wang atau harta yang terletak hak pada
Baitulmal
di bawah subseksyen (1), memerintahkan
Baitulmal
membayar wang itu atau memulangkan harta itu atau nilainya kepada pihak menuntut itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.