ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Waran Tangkap



Seksyen 73. Mahkamah boleh mengarahkan pembebasan atas cagaran.

(1) Mana-mana Mahkamah yang mengeluarkan waran untuk menangkap mana-mana orang boleh mengarahkan dengan catatan di atas waran itu bahawa jika orang yang berkenaan menandatangani bon dengan penjamin yang cukup untuk kehadirannya di hadapan Mahkamah pada waktu yang ditentukan dan seterusnya sehingga sebaliknya diarahkan oleh Mahkamah, pegawai yang diarahkan waran itu hendaklah membebaskan orang yang berkenaan daripada jagaannya.

(2) Catatan yang tersebut hendaklah menyatakan-

(3) Apabila cagaran telah diambil di bawah seksyen ini, pegawai yang diarahkan waran itu hendaklah memanjangkan bon itu kepada Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.