ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU DAN PELANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI



Seksyen 29. Kuasa untuk menubuhkan syarikat.

(1) Majlis boleh, dengan kelulusan Duli Yang Maha Mulia Sultan menubuhkan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] untuk menjalankan apa-apa aktiviti Majlis dalam melaksanakan kewajipan-kewajipan atau kuasa-kuasanya di bawah seksyen 27.

(2) Tiap-tiap syarikat yang ditubuhkan atau berupa sebagai ditubuhkan oleh Majlis di bawah Akta Syarikat 1965 sebelum seksyen ini mula berkuat kuasa hendaklah disifatkan telah ditubuhkan dengan sah dan hendaklah wujud seolah-olah ia telah ditubuhkan oleh Majlis di bawah subseksyen (1).

(3) Apa-apa pembiayaan atau bantuan kewangan yang diberikan oleh Majlis kepada sesuatu syarikat yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah disifatkan telah diberikan dengan sah di bawah subseksyen 27 (2).





Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.