ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN V - MASJID



Seksyen 171. Penyenggaraan masjid.

(1) Hendaklah menjadi tanggungjawab Pesuruhjaya menyenggara dari semasa ke semasa akan semua masjid di dalam Negeri ini menurut sebagaimana yang perlu dan menjaga akan dia supaya berada di dalam keadaan yang baik.

(2) Pesuruhjaya boleh mengumpul dan menggunakan, atau memberi kuasa mengumpul dan menggunakan, kumpulan wang khas bagi maksud penyenggaraan tersebut, atau bolehlah membayar belanja-belanja penyenggaraan yang perlu daripada KumpuIan Wang.

(3) Pesuruhjaya bolehlah mewakilkan semua atau mana-mana daripada kuasanya di bawah seksyen ini kepada sesiapa yang difikirkan layak dan patut; bagaimanapun, seseorang yang diwakilkan dengan kuasa di bawah subseksyen ini tidaklah boleh membuat apa-apa perubahan besar ke atas mana-mana masjid kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Pesuruhjaya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.