ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VIII - PERKARA AM



Seksyen 213. Peninggalan untuk mengemukakan, dll., dokumen kepada pegawai agama oleh orang yang terikat di sisi undang-undang untuk mengemukakan, dll., dokumen itu.

Sesiapa sahaja, yang terikat disisi undang-undang untuk mengemukakan atau menyerahkan apa-apa dokumen kepada mana-mana pegawai agama yang sedemikian, dengan sengaja meninggal untuk mengemukakan atau menyerahkannya, adalah melakukan sesuatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi seribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau dengan kedua-duanya; atau jika dokumen itu dikehendaki supaya dikemukakan atau diserahkan kepada Mahkamah, pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.