ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
Bab IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 85. Menggantung pembicaraan jika pendakwaan terhadap kesalahan yang diubah memerlukan sanksi dahulu.

Jika kesalahan yang dinyatakan dalam pertuduhan yang baharu atau yang diubah atau yang ditambah itu adalah suatu pendakwaan yang memerlukan sanksi diperolehi dahulu daripada Pengarah Pendakwa atau Majlis, maka kes itu tidaklah boleh diteruskan pembicaraan sehingga diperolehi sanksi itu, kecuali dan melainkan sanksi untuk pendakwaan itu telah diperolehi atas keterangan-keterangan yang sama dengan asas pertuduhan yang baharu atau yang dipinda itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.