ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979
BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERNIKAHAN
Seksyen 25. Pendaftaran sukarela pernikahan orang Islam yang dinikahkan dahulunya di bawah mana-mana Undang-undang.
(1) Walauapapun peruntukan seksyen 4 dan 23 pihak kepada suatu pernikahan yang dinikahkan di bawah mana-mana undang-undang sebelum tarikh Enakmen ini dikuatkuasakan boleh, jika pernikahan itu belum didaftarkan, memohon pada bila-bila masa kepada Pendaftar dalam borang yang ditetapkan untuk didaftarkan pernikahan itu.
(2) Pendaftar boleh menghendaki pihak kepada pernikahan itu hadir di hadapannya dan mengemukakan apa-apa keterangan yang dikehendakinya mengenai pernikahan itu dan memberi apa-apa butir lain sebagaimana yang dikehendaki olehnya.
(3) Pendaftar boleh, setelah berpuashati tentang kebenaran fakta yang terkandung dalam pemohonan itu, mendaftarkan pernikahan itu dengan mencatitkan butir-butir mengenainya di dalam Daftar Daerah.
(4) Butir pernikahan dalam Daftar Daerah itu hendaklah ditandatangani oleh Pendaftar yang membuat catitan itu dan oleh kedua-dua pihak kepada pernikahan itu, jika hadir dan jika tidak hadir oleh mana-mana satu pihak yang hadir di hadapan Pendaftar untuk mendaftarkan pernikahan itu.
(5) Selepas pernikahan itu didaftarkan
--
(
a
) Sijil yang diperakui dan ditandatangani oleh Pendaftar dan dimeteri dengan meteri jawatannya hendaklah diserah atau dihantarkan kepada suami itu dan satu lagi kepada isteri; dan
(
b
)
satu salinan catitan pernikahan di dalam Daftar Daerah itu hendaklah dihantar oleh Pendaftar kepada Ketua Pendaftar yang hendaklah memasukkan catitan itu ke dalam Daftar Pusat.
(6) Pendaftar tidak boleh mendaftarkan suatu pernikahan di bawah seksyen ini jika ia berpuashati bahawa pernikahan itu adalah tidak diakui di bawah peruntukan Enakmen ini.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.