ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VIII - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 93. Susunan pengemukaan dan pemeriksaan saksi.

Susunan bagaimana saksi-saksi dikemukakan dan diperiksa hendaklah diurus mengikut undang-undang dan amalan pada masa itu yang berhubungan dengan prosedur mal dan jenayah masing-masingnya, dan jika sekiranya tiada undang-undang sedemikian menurut budi bicara Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.