ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
Bab XXII - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNG DENGAN KETERANGAN



Seksyen 178. Di mana orang yang terikat memberi keterangan berniat untuk meninggalkan Malaysia.

Apabila dibuktikan sehingga Kadi berpuas hati bahawa mana-mana saksi yang terikat atau yang akan terikat untuk memberi keterangan di dalam pembicaraan mana-mana kesalahan berniat untuk meninggalkan Malaysia dan bahawa kehendak keadilan akan terjejas jika orang itu tidak hadir di dalam pembicaraan untuk memberi keterangan, Kadi boleh di atas permohonan Pengarah Pendakwa atau orang yang dituduh dan selepas peruntukan dibuat untuk nafkahnya dan untuk memberi pampasan di atas penahanannya dan masanya yang terbuang, menghukum orang itu supaya ditahan di penjara sivil sehingga pembicaraan atau sehingga dia boleh memberi jaminan yang memuaskan bahawa dia akan memberi keterangan di dalam pembicaraan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.