ENAKMEN 4 TAHUN 2006
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 2006

BAHAGIAN III-PELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA, JAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN KEPENTINGAN NASIONAL



Seksyen 49. Fatwa yang disiarkan dalam Warta adalah mengikat

(1) Apabila disiarkan dalam Warta, sesuatu fatwa hendaklah mengikat tiap-tiap orang Islam yang berada di Negeri Perlis sebagai ajaran agamanya dan hendaklah menjadi kewajipannya di sisi agama Islam untuk mematuhi dan berpegang dengan fatwa itu, melainkan jika dia dibenarkan oleh Hukum Syarak untuk tidak mengikut fatwa itu dalam perkara-perkara amalan.

(2) Sesuatu fatwa hendaklah diiktiraf oleh semua Mahkamah Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah di dalam Negeri Perlis tentang semua perkara yang dinyatakan dalamnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.