ENAKMEN 6 TAHUN 1985
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1985

BAHAGIAN III - BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 12. Kuasa Penyemakan.

Mahkamah Rayuan Syariah bolehlah bagi maksud menentukan benar, sah atau betulnya mana-mana keputusan, hukuman atau perintah yang direkodkan atau diluluskan oleh mana-mana Mahkamah Rendah Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah kerana tujuan memuaskan hati Mahkamah Rayuan Syariah tentang betulnya, sahnya atau kelayakan sesuatu pendapat, hukuman atau perintah yang tercatat atau dijatuhkan, dan tentang sahnya pembicaraan Mahkamah itu. Setelah memeriksa penyata itu Mahkamah Rayuan Syariah bolehlah menjalankan mana-mana kuasa yang diberi kepadanya oleh subseksyen (4) seksyen 11.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.