ENAKMEN 5 TAHUN 1990
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1990

BAHAGIAN X - AM



Seksyen 136. Hukum Syarak hendaklah dipakai bila tiada peruntukan.

(1) Mana-mana peruntukan atau tafsiran mana-mana peruntukan di dalam Enakmen ini yang berlawanan dengan Hukum Syarak adalah tidak sah setakat mana ianya berlawanan.

(2) Mengenai apa-apa perkara yang tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Enakmen atau dalam mana-mana kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini Mahkamah hendaklah mengikut Hukum Syarak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.