ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 3 - PROSES MAHKAMAH UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN
Waran Penangkapan



Seksyen 37. Prosedur apabila menangkap orang yang terhadapnya waran dikeluarkan.

(1) Apabila waran tangkap dilaksanakan di luar kawasan bidangkuasa tempatan Mahkamah yang mengeluarkan waran, maka orang yang telah ditangkap hendaklah, melainkan jaminan telah dibuat di bawah seksyen 33, dibawa ke hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah yang hampir sekali.

(2) Hakim tersebut hendaklah, jika orang yang ditangkap itu nampaknya orang yang dimaksudkan oleh Mahkamah yang mengeluarkan waran; mengarahkan dia dibawa keluar daripada jagaan ke Mahkamah yang dinamakan dalam waran:

Dengan syarat bahawa jika kesalahan itu boleh dijamin dan orang yang ditangkap bersedia dan sanggup untuk memberi jaminan yang memuaskan kepada Mahkamah yang dia dibawa di hadapan atau arahan telah diindorskan di atas waran di bawah seksyen 33 dan orang tersebut bersedia dan sanggup untuk memberi jaminan yang dikehendaki di bawah arahan tersebut, Hakim itu hendaklah mengambil bon atau jaminan itu, mengikut mana yang berkenaan, dan menghantarkan bon atau jaminan itu kepada Mahkamah yang disebut di dalam waran.

(3) Seksyen ini tidak boleh disifatkan sebagai mencegah seorang Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis daripada mengambil jaminan di bawah seksyen 33.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.