ENAKMEN 13 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1992
BAHAGIAN VIII - AM
Seksyen 83. Kaedah-kaedah.
Yang di-Pertua Negeri boleh, atas nasihat Majlis melalui pemberitahuan dalam
Warta
, membuat kaedah-kaedah bagi melaksanakan peruntukan-peruntukan Enakmen ini, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan peruntukan-peruntukan tersebut, kaedah-kaedah itu boleh mengadakan peruntukan bagi-
(a) prosedur Majlis, bentuk dan cara penyempurnaan suratcara-suratcara oleh Majlis, dan pelantikan pegawai-pegawai bawahan Majlis;
(b) fee-fee yang kena dibayar berkenaan dengan apa-apa tindakan atau perkara yang dilakukan di bawah atau menurut Enakmen ini, dan cara memungut dan melupuskan fee-fee itu;
(c) pelantikan jawatankuasa-jawatankuasa Majlis dan kuasa-kuasa, kewajipan-kewajipan dan prosedurnya;
(d) borang-borang, daftar-daftar, buku-buku akaun, laporan-laporan, akaun-akaun, anggaran-anggaran dan dokumen-dokumen lain yang hendak digunakan berkenaan dengan apa-apa tindakan atau perkara yang dilakukan di bawah atau menurut Enakmen ini;
(e) pengurusan mana-mana pungutan khairat dan pelupusan hasilnya;
(f) pengurusan mana-mana masjid atau surau atau tanah perkuburan dan semua perkara yang berhubung dengannya;
(g) kuasa-kuasa dan tugas-tugas mana-mana Pegawai Masjid;
(h) penentuan dan penyiaran sempadan-sempadan kariah Masjid;
(i) jagaan dan pengajaran bagi muallaf, dan cara mendaftarkan muallaf; dan
(j) pentadbiran aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran agama.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.