ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXI - JAMINAN



Seksyen 182. Amaun jaminan.

(1) Amaun jaminan yang dilaksanakan di bawah Bab ini hendaklah ditetapkan dengan mengambil kira hal-keadaan kes supaya mencukupi untuk menjamin kehadiran orang yang ditangkap itu, akan tetapi tidak seharusnya melampaui.

(2) Mahkamah Tinggi Syariah boleh, di dalam mana-mana kes sama ada terdapat rayuan terhadap sabitan atau tidak, mengarahkan supaya seseorang itu diberi jaminan atau mengarahkan jaminan yang diperlukan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis atau Mahkamah Rendah Syariah dikurang atau ditambah.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.