ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 7 - SAKSI



Seksyen 85. Keterangan suami, isteri, ibubapa dan anak sebagai saksi.

(1) Keterangan seorang suami terhadap isterinya dan keterangan isteri terhadap suaminya boleh diterima sebagai shahadah dan bayyinah.

(2) Keterangan seorang anak terhadap ibubapanya atau keterangan ibubapa terhadap anaknya boleh diterima sebagai shahadah dan bayyinah.

(3) Keterangan seorang suami bagi isterinya dan keterangan isteri bagi suaminya boleh diterima sebagai bayyinah.

(4) Keterangan ibubapa bagi anaknya dan keterangan anak bagi ibubapanya boleh diterima sebagai bayyinah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.