ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
Bab XIV - DARIHAL HUKUMAN DAN MENJALANKANNYA



Seksyen 130. Pesalah remaja.

(1) Apabila mana-mana pesalah remaja disabitkan dihadapan mana-mana Mahkamah kerana apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan denda atau penjara, Mahkamah itu bolehlah bagi menggantikan hukuman penjara kerana gagal membayar denda atau menjatuhkan hukuman penjara-
(2) Mahkamah di mana pesalah remaja itu disabitkan, bolehlah sebagai tambahan atau sebagai ganti menghukum pesalah itu, mengikut cara yang diperuntukkan di dalam seksyen ini mengenakan denda di atas ibu bapa atau penjaganya tidak melebihi dua puluh ringgit dalam mana-mana kes yang Mahkamah tersebut, selepas siasatan ringkas berpuas hati bahawa ibu bapa atau penjaga itu, dengan sebab kecuaian mereka untuk mengambil perhatian yang baik atau lainnya ke atas pesalah itu, telah menyebabkan pesalah itu berkelakuan buruk :

Dengan syarat bahawa ibu bapa atau penjaga itu tidaklah boleh didenda tanpa ianya diberi peluang untuk membela dirinya (jika dia mahu) dan memberikan keterangan di dalam pembelaannya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.