BAHAGIAN VII - PENJAGAAN Penjagaan ke atas Orang dan Harta
dengan syarat dia adalah seorang Islam, seorang dewasa, adalah siuman dan boleh dipercayai.
(2) Bapa adalah sentiasa mempunyai kuasa paling luas untuk membuat melalui wasiat apa-apa perkiraan yang difikirkannya baik sekali berhubung dengan penjagaan anak-anaknya yang masih kanak-kanak dan berhubung dengan hal memperlindungi kepentingan-kepentingan mereka, dengan syarat ia adalah siuman sepenuhnya.
(3) Seksyen-kecil (1) tidak boleh dipakai jika hak-hak dan syarat-syarat bagi suratcara yang meletakkan harta pada kanak-kanak itu terang-terang tidak membenarkan orang-orang yang tersebut di dalamnya daripada menjalankan apa-apa kuasa ke atas harta itu, dan dalam hal yang demikian Mahkamah hendaklah melantik seorang penjaga bagi harta kanak-kanak itu.
(4) Bagi maksud-maksud penjagaan ke atas diri dan harta seseorang hendaklah disifatkan sebagai kanak-kanak melainkan ia telah genap umur lapan belas tahun.