ORDINAN 5 TAHUN 1991
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 83. Kewajipan pihak kena tuntut dan majikan supaya mematuhi perintah tahanan pendapatan tenaga.

(1) Seseorang yang baginya suatu perintah tahanan pendapatan-tenaga diarahkan hendaklah, walau apa pun yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain tetapi tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Ordinan ini, mematuhi perintah itu atau, jika perintah itu kemudiannya diubah di bawah seksyen 82, perintah itu seperti yang diubah itu.

(2) Jika pada bila-bila masa, apabila pendapatan-tenaga kena dibayar kepada pihak kena tuntut, ada dua atau lebih perintah tahanan pendapatan-tenaga berkuatkuasa berhubung dengan pendapatan-tenaga itu, maka, bagi maksud mematuhi Ordinan ini, majikan hendaklah-

(3) Seseorang majikan yang, menurut suatu perintah tahanan pendapatan-tenaga, membuat suatu pembayaran di bawah Ordinan ini hendaklah memberi kepada pihak kena tuntut itu suatu penyata bertulis menyatakan jumlah wang yang dibayar itu.

(4) Jika orang yang baginya suatu perintah tahanan pendapatan-tenaga diarahkan telah, dalam tempoh sebulan yang akhir sebelum hari perintah itu disampaikan kepadanya, tidak pada bila-bila masa jua menjadi majikan pihak kena tuntut itu, dia hendaklah dengan serta merta memberi notis bertulis menyatakan demikian itu dalam borang yang ditetapkan kepada Mahkamah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.