ENAKMEN 4 TAHUN 2001
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001
BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PERLAKSANAAN
BAB 3 - PERLAKSANAAN
Seksyen 171. Arahan tentang perlaksanaan kewajipan bailif.
(1) Mahkamah boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak yang berkepentingan, memberikan apa-apa arahan kepada bailif tentang pelaksanaan kewajipannya sebagaimana yang difikirkan adil.
(2) Mahkamah boleh memanggil dan memeriksa mana-mana orang yang boleh memberikan maklumat berkenaan dengan apa-apa pelaksanaan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.