ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XXXV - PERUNTUKAN AM



Seksyen 262. Memfailkan notis.

(1) Dalam tiap-tiap kes di mana satu pihak dikehendaki menyampaikan atau menyebabkan untuk disampaikan apa-apa notis kepada pihak satu lagi atau seorang lain, ia hendaklah juga memfail satu salinan notis itu dalam Mahkamah, kecuali jika notis, dokumen atau prosiding yang hendak disampaikan itu atau satu salinannya, telah pun difailkan demikian.

(2) Penyampaian mana-mana dokumen boleh dibuktikan dengan afidavit kecuali jika Mahkamah memerintah sebaliknya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.