ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN X - BAYARAN KEPADA MAHKAMAH



Seksyen 65. Bayaran masuk.

(1) Defendan boleh membayar wang kepada Mahkamah bagi menjelaskan tuntutan atau mana-mana bahagiannya dan boleh juga membayar sejumlah wang sebagai kos.

(2) Defendan hendaklah memberi notis kepada plaintif mengenai bayaran masuk dan, di mana bayaran masuk itu kurang daripada amaun yang dituntut notis itu hendaklah menyatakan untuk apa yang bayaran itu dibuat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.