ENAKMEN 3 TAHUN 1996
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - KESALAHAN YANG BERHUBUNG DENGAN KESUCIAN AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYA



Seksyen 14. Tidak menunaikan sembahyang Jumaat.

Mana-mana orang lelaki, yang baligh, yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid di dalam kariahnya tiga kali berturut-turut tanpa uzur syarie atau tanpa sebab yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-keduanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.