ENAKMEN 5 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA



Seksyen 34. Permintaan untuk pendapat oleh mahkamah.


Walau apa pun undang-undang bertulis yang berlawanan; Mufti tidaklah boleh disaman untuk memberi pendapat atau keterangan mengenai Undang-Undang Islam di dalam mana-mana Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah tetapi jika di dalam mana-mana mahkamah selain daripada Mahkamah Syariah, sesuatu persoalan Undang-Undang Islam patut diputuskan, mahkamah itu boleh meminta Mufti memberi pendapat mengenai hal itu, dan Mufti boleh mengesahkan pendapatnya secara bertulis kepada mahkamah tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.