ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN III - DARIHAL SUBAHAT



Seksyen 41. Liabiliti pensubahat kerana kesalahan yang disebabkan oleh perbuatan yang disubahati itu lain daripada yang dimaksudkan oleh pensubahat.

Apabila sesuatu disubahati dengan niat di pihak pensubahat itu hendak menyebabkan suatu kejadian yang tertentu, dan suatu perbuatan yang pensubahat itu liable oleh sebab subahat itu, menyebabkan suau kejadian yang lain daripada yang dimaksudkan oleh pensubahat itu, maka pensubahat itu adalah liable kerana kejadian yang disebabkan itu, seperti, dan setakat, seolah-olah ia telah menyubahati perbuatan itu dengan niat hendak menyebabkan kejadian itu dengan syarat ia telah ketahui bahawa perbuatan yang disubahati itu mungkin menyebabkan kejadian itu.

MISALAN

A
. menghasut B. untuk menyebabkan Z. memberi ajaran agama dengan mengetahui Z. tidak mempunyai pengetahuan tentang agama dan tauliah yang sah yang dikeluarkan oleh Majlis. B. oleh sebab hasutan tersebut menyebabkan Z. melakukan perkara tersebut dan dalam proses pengajarannya dia melanggar fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis. Di sini, jika A. mengetahui bahawa ajaran yang disubahati akan mungkin menyebabkan pelanggaran fatwa berkenaan, A. adalah liable untuk dihukum dengan hukuman yang diperuntukkan untuk kesalahan melanggar fatwa Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.